Welcome To Vendentta

Holla Guys ! :D



Friday, January 07, 2011

Bercinta Di Hari Lahir

Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.

"Sayang, selamat hari lahir."

Aisyah tersenyum.

"Terima kasih, abang."

Amir berkata kepada isterinya, 

"abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."


Aisyah tersenyum dan menutup matanya.

"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"


Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.


"Sayang boleh buka mata sekarang. 

Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."


Aisyah membuka matanya.

"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."

Aisyah membuka balutan hadiah.

"Wah, ada buku untuk Aisyah. 
Terima kasih, abang. 
Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. 
Sayang memang suka membaca buku."

Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, 
"sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"

Aisyah memandang suaminya. 
Amir meneruskan kata-katanya.

"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali. 

Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya.

Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini 

dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."


Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil membelek-belek buku yang diterima itu.

"Ada kad di dalam buku ini."

Amir bertanya kepada isterinya, 

"kad daripada siapa, sayang?"

Aisyah memandang kad itu.

"Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang amat Aisyah cinta.

 Terima kasih, abang."

Amir bertanya kepada isterinya, 

"Aisyah suka dengan hadiah daripada abang?"

Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan menjawab,

"Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."


Amir bertanya lagi kepada Aisyah.


"Abang gembira sangat kalau dapat melihat Aisyah gembira.

 Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain? 

Cukupkah 
sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"


Aisyah menjawab, 
"cukuplah dengan kasih sayang dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."


Amir tersenyum dan berkata, 

"betulkah sayang sudah tidak mahukan hadiah yang lain? Kalau macam itu, siapa pula yang mahu memakai gelang emas ini?"


Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada poketnya 
dan menunjukkannya kepada Aisyah.

"Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini kepada isteri abang,
 tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."


Aisyah terdiam sebentar 
dan memandang gelang emas itu. 
Air mata tergenang di mata Aisyah. 
Aisyah menangis.
"Abang, Aisyah cintakan abang. 
Aisyah sayang sangat kepada abang."

Amir hanya tersenyum 
dan berkata kepada isterinya, 

"sayang janganlah menangis. 
Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi gelang emas ini kepada orang lain, ya? 

Gelang emas ini memang untuk Aisyah. 
Abang tidak akan bagi kepada orang lain. 
Aisyah janganlah bimbang."

Amir memberikan senyuman kepada isterinya 
dan Amir merapati Aisyah.

"Sayang janganlah menangis. 
Air mata sayang lebih mahal daripada gelang emas ini. 

Selamat hari lahir, sayang."

Aisyah menyapu air matanya 
dan memberikan senyuman kepada suaminya.


"Terima kasih, abang."


Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.

"Alahai, cantiknya isteri abang. 

Selamat hari lahir, sayang. 

Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."

Jodoh.. Dimanakah Jodoh Anda..

Jodoh Syaitan - ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh Jin - Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh Allah - iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta

Tuesday, December 14, 2010

Orang Yang Mencintai Mu

* Orang yang MENCINTAI ANDA selalu MENERIMA KAMU SEADANYA . Dimatanya anda selalu yang paling cantik walaupun mungkin anda berasa berat badan anda sudah berlebihan atau anda rasa gemuk. Itulah cinta.

* Orang yang mencintai anda SERING MELAKUKAN HAL YANG PELIK PELIK seperti menelefon mu 100 kali dalam sehari, atau membangunkan mu di tengah malam untuk mengirim sms, atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkan anda. Itu cinta namanya

* Jika saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggu mu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya… dia tetap akan menunggu anda.

Friday, December 03, 2010

Apa itu CINTA?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa.

Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati.

Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.

Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan.

Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan.

Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif.

Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.

Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.

Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan.

Bolehkah Anda Hidup Tanpanya?

"Jangan berkahwin dengan orang yang anda BOLEH hidup bersamanya. 

Berkahwinlah dengan orang yang anda TIDAK BOLEH hidup tanpanya. 

Kita mungkin boleh hidup dengan ramai orang,

 tetapi ada seseorang dalam dunia ini yang kita mungkin tidak boleh hidup tanpanya. 


Maka dialah orangnya."

Cinta Itu Hidup

Cinta itu ibarat manusia. 
Boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. 

Cinta itu punya deria dan perasaan. 

Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta.

 Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. 

Cinta itu hidup hingga sampai satu ketika, ia akan menemui mati.


Tetapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup,

walaupun telah mati.
Cinta Itu Indah Jika Kita Pandai Menjaganya :D
Cinta Anugerah Tuhan.. Perlu Dijaga Dengan Sebaiknya <3 Hargai Bila Bersama.

Sunday, November 28, 2010

Wanita Yang Dilarang Dikahwini

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah : Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.




Wanita Mananah : Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."




Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah : Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah : Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

(Imam Al-Ghazali)

Thursday, November 25, 2010

Untuk Bakal Teman Hidupku


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.


Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.


Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku

Wednesday, November 24, 2010

BEZA CINTA,SAYANG,MINAT DAN SUKA

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya geng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 

Monday, November 22, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.